Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !
Haaa... berjumpa lagi kita dalam alam blog! hehehe..
Miss Nova nak berkongsi sikit tentang keistimewaan madu lebah kelulut nie.
Madu Kelulut nie kalau nak tahu..,warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam. Madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan & kesihatan.
Madu kelulut sangat mujarab dan baik diambil dari peringkat umur kanak2 sehinggalah untuk golongan orang dewasa. Amalan minum madu kelulut nie dapat membantu mencergaskan minda dan menghindarkan diri daripada pelbagai penyakit yang merbahaya disamping :-
- Menguatkan tenaga
- Membersihkan toksid
- Melancarkan perjalanan darah
- Membantu mengekalkan kecantikan
- Melambatkan proses penuaan
- Menguatkan sistem urat saraf
- Membantu proses pencernaan dalam tubuh badan
- Menguatkan daya ingatan
Kalau anda semua nak tahu, Madu Kelulut nie juga dapat MENCEGAH, MERAWAT, dan MENYEMBUHKAN penyakit kronik seperti kencing manis, strok, hepatitis hati, kanser, darah tinggi, batu karang, asma, gout, batuk, selesema, sakit kerongkong dan macam2 lagi... HEBAT tak ??
Ha nie.. Miss Nova nak kongsi lagi sedikit info yang bermanfaat untuk semua. Selamat membaca dan selamat beramal :)
Dalam Al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan Firman Allah s.w.t dalam ayat 68 dan 69 :-
" Dan TuhanMu mewahyukan kepada lebah : " Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia", "Kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan TuhanMu yang telah dimudahkan (bagimu), dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan."
Surah An-Nahl : 68 & 69
Rasulullah S.A.W pernah mengatakan bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya. Baginda S.A.W bersabda :-
"..... Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua."
Rasulullah S.A.W juga pernah berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan Al-Quran. Baginda S.A.W bersabda :-
".... Ambillah (yakni gunakanlah) olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh, iaitu madu dan Al-Quran."
HR Ibnu Majah
Hadis Baginda Rasulullah Sallahu'Alaihi Wassalam :
Daripada Abu Hurairah R.anhu berkata : Rasulullah Sallahu 'Alaihi Wassallam bersabda :-
"....Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berat)."
----------------------------------------------------------------------------------
Haa, tu dia... serba sedikit tentang Madu Lebah Kelulut yang disebut di dalam al-Quran dan hadist.
Kalau anda nak tahu, sebenarnya Madu nie kita boleh hasilkan pelbagai produk hasil daripada lebah kelulut seperti Produk minuman ,Produk kesihatan, Produk kosmetik dan Produk farmaseutikal.
Kajian telah dilakukan di Mardi menunujukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan Asid Fenilpropanaoik, Asid Protocatechuik dan Asid 4-Hidroksifenilasetik adalah dianatara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas dan kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah keseluruhan sebanyak g/g berat kering.
Asid Fenolik bebas merupakan bahan aktif yang boleh bertindak sebagai Anti Kanser dan Anti Oksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.
Huhh.. bengkak jari jemari Miss Nova harini dok pot pet pot pet je.. HAHAHAHA
Tak pe...tak salah kan kita berkongsi ilmu dan pengetahuan serba sedikit yang kita ada ? Anda , anda anda semua pon kalau nak share pendapat ke apa2 ke boleh je.. Sangat2 di alu alukan k :)
Cukup dlu kot entry tentang Keistimewaan Madu Lebah Kelulut nie. In Shaa Allah ada masa nty kita berkongsi cerita tentang benda lain pulak k..
Keep in Touch !
XOXO
Miss Nova.
Publish!
No comments:
Post a Comment